Monday 25 July 2011

Kejayaan atau Kegagalan


Pepatah Melayu ada menyebut “usaha itu tangga kejayaan”. Pelajar-pelajar perlu sedar kejayaan atau kegagalan adalah bergantung pada diri pelajar itu sendiri. Kegagalan berlaku apabila kurangnya usaha atau latihan yang dilakukan oleh pelajar. Kegagalan tidak berlaku kerana kurang kebolehan. Ini kerana Allah swt telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah at-Tin: 4).
Oleh itu, pelajar-pelajar harus sedar usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan, InsyaAllah.

Tuesday 19 July 2011

AzZahra Kids BIJAK BACA: Huruf Vokal

Senarai Vokal

Program BIJAK BACA menggunakan 'Kaedah Gabungan Bunyi Kata' (KGBK) iaitu satu kaedah terbaik untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia. Anak-anak yang telah menguasai kaedah KGBK akan berjaya mengukuhkan kemahiran membaca dan menulis pada peringkat umur seawal empat (4) tahun. Apabila anak-anak boleh membaca, semangat belajar, mengkaji dan mencuba akan lebih membara. Sudah pasti kemahiran membaca ini akan menjadi batu loncatan dan meletakkan mereka di hadapan berbanding dengan anak-anak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program AzZahra Kids BIJAK BACA, sila hubungi Pusat Tuisyen Az Zahra di talian 012-4267992 atau 04-2820992.