Wednesday 10 December 2008

Buku Latihan Percuma!


Percuma empat (4) buah buku latihan yang bernilai RM20.00 kepada semua pelajar baru yang mendaftar untuk tahun akademik 2009. Buku-buku yang diberikan merangkumi subjek:
  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Science
  • Mathematics
Jom daftar sekarang!

Sunday 7 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1429 kepada semua pelawat blog Pusat Tuisyen Az-Zahra.

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t. dan mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insyaAllah.

Sama-samalah kita menghiasi Hari Raya Aidiladha ini dengan bertakbir seperti hadis dibawah:

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.”
(Riwayat al-Tabrani).

Noor Zaini dan Ibrahim
9 Zulhijjah 1429

Friday 5 December 2008

Kunci Utama Kejayaan Pelajar Dalam Peperiksaan

1. Ramai diantara kita tercari-cari kunci utama untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
2. Sebagai orang Islam, Allah s.w.t. telah menyediakan pada kita dia sumber ilmu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu lebih afdal sekiranya kita mencari kunci utama kejayaan pelajar berpandukan dua sumber ilmu ini.
3. Untuk menjawab persoalan ini, saya amat tertarik kepada hadis dibawah ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik.”
(Riwayat al-Tabrani)

4. Cuba kita bayangkan, seorang pelajar sebelum melangkah ke sekolah setiap pagi telah berniat dalam hati untuk menuntut ilmu sepenuh hati dan melakukan yang terbaik di sekolah bagi mencapai kejayaan di masa hadapan. Setelah berniat pelajar ini melangkah ke sekolah.
5. Di sekolah, pelajar ini belajar bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik dalam setiap perkara di dalam kelas.
6. Beliau menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar, bertanya pada guru perkara-perkara yang tidak difahami, melakukan tugasan-tugasan yang diberikan mengikut kemampuan tanpa meniru dan membuat ulangkaji di rumah perkara-perkara yang dipelajarinya di sekolah.
7. Hal ini menjadikan setiap ilmu yang diterima senang difahami dan setiap perkara bagi walaupun susah pada mulanya menjadi mudah akhirnya.
8. Hasilnya pelajar ini memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti apa yang diharapkan.
9. Apabila ditanya punca beliau memperolehi kejayaan dalam pelajaran, jawapan yang diterima ialah beliau melakukan yang terbaik dalam setiap subjek di kelas.
10. Sebagai penutup, saya ingin berpesan pada diri saya sendiri dan pelajar-pelajar yang membaca tulisan ini supaya sentiasa melakukan yang terbaik dalam menuntut ilmu supaya kita memperolehi kejayaan yang cemerlang.
11. Apabila Allah s.w.t. mengasihi kita maka akan diberikan kejayaan dan kesenangan dalam perkara-perkara yang kita lakukan. InsyaAllah.
Oleh: IR

Wednesday 3 December 2008

Cuti Umum Tahun 2009

2009 Public Holidays

1 January = New Years Day
26 & 27 January = Chinese New Year
8 February = Thaipusam
9 March = Maulidur Rasul
1 May
= Labour Day
9 May = Wesak Day
6 June
= Yang Di-Pertuan Agong’s Birthday
11 July = Yang Di-Pertua of Penang’s Birthday
31 August
= National Day (52)
7 September
= Nuzul Al-Quran
20 & 21 September = Hari Raya Puasa
17 October = Deepavali
27 November
= Hari Raya Haji
18 December
= Awal Muharram

25 December = Christmas

Saturday 29 November 2008

Jadual Kelas Untuk Disember 2008


Nota: Subjek Kimia, Fizik, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik, Tambahan dan lain-lain subjek akan diadakan mengikut permintaan.

Tuesday 25 November 2008

Tuisyen 2009

Tahun 4 / Tahun 5 / Tahun 6 (UPSR)
Pakej 4 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kelas diadakan 2 kali seminggu dengan 2 jam setiap kelas.
Yuran RM 60.00 sebulan.

Tingkatan 1 / Tingkatan 2 / Tingkatan 3 (PMR)
Pakej 4 subjek iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kelas diadakan 2 kali seminggu dengan 2 jam setiap kelas.
Yuran RM 90.00 sebulan.

Tingkatan 4 / Tingkatan 5 (SPM)
Subjek yang ditawarkan Matematik, Sains dan lain-lain mengikut permintaan.
Kelas diadakan sekali seminggu untuk setiap subjek dan 2 jam setiap kelas.
Yuran per subjek RM 40.00 sebulan.

* Untuk bulan Disember 2008, kami mengadakan kelas percuma untuk pelajar-pelajar kami.
Jom daftar sekarang! Tempat adalah terhad!