Friday 13 November 2009

Jadual Tuisyen 2010



* Klik pada gambar untuk paparan jadual lebih jelas.

Yuran bagi Tuisyen 2010:
a. Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6 (UPSR)
- 1 subjek RM25, atau
- Pakej 4 subjek RM80

b. Tingkatan 1, Tingkatan 2 & Tingkatan 3 (PMR)
- 1 subjek RM35, atau
- Pakej 4 subjek RM120

c. Tingkatan 4 & Tingkatan 5 (SPM)
- 1 subjek RM45, atau
- Pakej 3 subjek ke atas, RM40 per subjek

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Nani - 012 426 7992.

Wednesday 11 November 2009

Friday 30 October 2009

Pendaftran Tuisyen 2010 Dibuka Sekarang

Pihak pengurusan Pusat Tuisyen Az Zahra dengan sukacita membuka pendaftaran untuk kelas tuisyen 2010. Ibubapa dan pelajar-pelajar yang berminat sila berhubung dengan Cikgu Nani di talian 012-426 7992.

Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad!

Tuesday 17 March 2009

Takwim Peperiksaan Tahun 2009

UPSR
Ujian Bertulis - 8 hingga 10 September 2009

PMR
Ujian Bertulis - 7 hingga 9 Oktober 2009 & 12 hingga 13 Oktober 2009

SPM
Ujian Amali - 20 hingga 22 Oktober 2009 & 26 hingga 27 Oktober 2009
Ujian Bertulis - 19 November hingga 16 Disember 2009

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

Saturday 28 February 2009

Kelas “Science” dan “English” untuk Tingkatan 5

Mulai 1 Mac 2009, Pusat Tuisyen Az Zahra akan membuka kelas “Science” dan “English” untuk Tingkatan 5. Jadual bagi kelas-kelas ini adalah seperti dibawah:

Subjek: English
Hari: Sabtu
Masa: 5.00 ptg hingga 6.30 ptg

Subjek: Science
Hari: Ahad
Masa: 8.00 mlm hingga 9.30 mlm

Yuran bagi kelas-kelas ini ialah RM38.00 per subjek. Pelajar-pelajar yang berminat, daftarlah sekarang kerana tempat adalah terhad.

Monday 9 February 2009

Thursday 22 January 2009

Standard Form (Bentuk Piawai)

Nota Ringkas:

Di dalam topik ini pelajar-pelajar akan mempelajari dua perkara utama iaitu "Significant Figure" / Angka Bererti dan "Standard Form" / Bentuk Piawai

Significant Figure / Angka Bererti
Terdapat empat perkara yang perlu difahami oleh pelajar untuk "Significant Figure".

1. Sifar di antara angka-angka bukan sifar ialah "Significant Figure".
Contohnya:
i. 2008 bersamaan 4 angka bererti
ii. 8.02 bersamaan 3 angka bererti

2. Sifar selepas angka-angka bukan sifar bagi suatu nombor bulat adalah bukan "Significant Figure" kecuali dinyatakan.
Contohnya:
i. 510 bersamaan 2 angka bererti
ii. 8000 bersamaan 1 angka bererti

3. Sifar selepas titik perpuluhan bagi suatu nombor perpuluhan ialah "Significant Figure".
Contohnya:
i. 22.0 bersamaan 3 angka bererti
ii. 31.30 bersamaan 4 angka bererti

4. Sifar di depan angka-angka bukan sifar bagi suatu nombor perpuluhan adalah bukan "Significant Figure".
Contohnya:
i. 0.0123 bersamaan 3 angka bererti
ii. 0.0045 bersamaan 2 angka bererti

Standard Form / Bentuk Piawai
Standard Form perlu ditulis sebagai A x 10ⁿ, dengan A lebih daripada 1 atau bersamaan 1 dan kurang daripada 10, n ialah integer. Oleh itu A diantara 1.0000 hingga 9.9999.

Contohnya:
i. 8800 bersamaan 8.8 x 10³

ii. 1.3 x 10⁵+ 98000
= 1.3 x 10⁵ + 0.98 x 10⁵
= (1.3 + 0.98) x 10⁵
= 2.28 x 10⁵

Thursday 1 January 2009