Thursday 22 January 2009

Standard Form (Bentuk Piawai)

Nota Ringkas:

Di dalam topik ini pelajar-pelajar akan mempelajari dua perkara utama iaitu "Significant Figure" / Angka Bererti dan "Standard Form" / Bentuk Piawai

Significant Figure / Angka Bererti
Terdapat empat perkara yang perlu difahami oleh pelajar untuk "Significant Figure".

1. Sifar di antara angka-angka bukan sifar ialah "Significant Figure".
Contohnya:
i. 2008 bersamaan 4 angka bererti
ii. 8.02 bersamaan 3 angka bererti

2. Sifar selepas angka-angka bukan sifar bagi suatu nombor bulat adalah bukan "Significant Figure" kecuali dinyatakan.
Contohnya:
i. 510 bersamaan 2 angka bererti
ii. 8000 bersamaan 1 angka bererti

3. Sifar selepas titik perpuluhan bagi suatu nombor perpuluhan ialah "Significant Figure".
Contohnya:
i. 22.0 bersamaan 3 angka bererti
ii. 31.30 bersamaan 4 angka bererti

4. Sifar di depan angka-angka bukan sifar bagi suatu nombor perpuluhan adalah bukan "Significant Figure".
Contohnya:
i. 0.0123 bersamaan 3 angka bererti
ii. 0.0045 bersamaan 2 angka bererti

Standard Form / Bentuk Piawai
Standard Form perlu ditulis sebagai A x 10ⁿ, dengan A lebih daripada 1 atau bersamaan 1 dan kurang daripada 10, n ialah integer. Oleh itu A diantara 1.0000 hingga 9.9999.

Contohnya:
i. 8800 bersamaan 8.8 x 10³

ii. 1.3 x 10⁵+ 98000
= 1.3 x 10⁵ + 0.98 x 10⁵
= (1.3 + 0.98) x 10⁵
= 2.28 x 10⁵

No comments: