Friday 25 November 2011

KAFA d'AzZahra



Atas permintaan ibu bapa, kami telah menyediakan satu sesi baru bagi kelas Al-Quran dan Fardu Ain iaitu 6.30 ptg hingga 8.00 mlm. Di harap pembukaan sesi ini akan memberi peluang kepada ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka bagi dua sesi sebelumnya.

Untuk mendaftar, sila hubungi 04-2820992 atau 012-4267992.
Kelas akan bermula Disember ini.
Bersama melahirkan generasi celik Al-Quran!

Malaysia Public Holidays 2012

Monday 14 November 2011

2012 Az Zahra Tuition Centre Flyers

Tuisyen 2012 - Pasport Kecemerlangan

Jadual Waktu

*Sila klip pada gambar di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Monday 31 October 2011

Tuisyen 2012: Pendaftaran Dibuka Sekarang


Pendaftaran tuisyen 2012 dibuka sekarang. Ibubapa digalakkan membuat pendaftaran mulai sekarang kerana tempat adalah terhad. Kelas akan bermula Disember 2011 ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Nani ditalian 012-4267992 atau 04-2820992.

Friday 7 October 2011

AzZahra Kids: January 2012 Intake


AzZahra Kids - Child Development Centre
For more info please visit our web site www.azzahrakids.com or call 04-282 0992 / 012-4267992. 

Wednesday 5 October 2011

KAFA d'AzZahra


Kelas Al-Quran dan Fardu Ain untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pendaftaran dibuka untuk pengambilan Disember 2011. Daftar sekarang tempat adalah terhad. Sila hubungi Cikgu Nani di talian 012-4267992/04-2820992.

BerIman, BerIlmu, BerAmal

Monday 25 July 2011

Kejayaan atau Kegagalan


Pepatah Melayu ada menyebut “usaha itu tangga kejayaan”. Pelajar-pelajar perlu sedar kejayaan atau kegagalan adalah bergantung pada diri pelajar itu sendiri. Kegagalan berlaku apabila kurangnya usaha atau latihan yang dilakukan oleh pelajar. Kegagalan tidak berlaku kerana kurang kebolehan. Ini kerana Allah swt telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah at-Tin: 4).
Oleh itu, pelajar-pelajar harus sedar usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan, InsyaAllah.

Tuesday 19 July 2011

AzZahra Kids BIJAK BACA: Huruf Vokal

Senarai Vokal

Program BIJAK BACA menggunakan 'Kaedah Gabungan Bunyi Kata' (KGBK) iaitu satu kaedah terbaik untuk menguasai kemahiran membaca Bahasa Malaysia. Anak-anak yang telah menguasai kaedah KGBK akan berjaya mengukuhkan kemahiran membaca dan menulis pada peringkat umur seawal empat (4) tahun. Apabila anak-anak boleh membaca, semangat belajar, mengkaji dan mencuba akan lebih membara. Sudah pasti kemahiran membaca ini akan menjadi batu loncatan dan meletakkan mereka di hadapan berbanding dengan anak-anak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program AzZahra Kids BIJAK BACA, sila hubungi Pusat Tuisyen Az Zahra di talian 012-4267992 atau 04-2820992.

Monday 27 June 2011

Tuesday 14 June 2011

AzZahra Kids BIJAK BACA & AzZahra Kids MATH


For more infomation, please contact Cikgu Nani at 012-4267992 or 04-2820992.

Saturday 26 March 2011

Preuniversiti: Program Matrikulasi

Latar Belakang
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.


Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.


Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.


Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.


Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.


Tempat Pengajian
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulsi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua(2) jurusan pengajian:
Jurusan Sains (Kod M001)
Jurusan Perakaunan (Kod M003)


Rancangan Program
a) Jangka Masa Program
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil masa dua (2) semester / satu (1) tahun kecuali bagi Program Dua Tahun.


b) Pengambilan Pelajar
Mulai sesi 2001/2002 pengambilan pelajar dibuat sekali setahun iaitu bulan April/Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan Program Matrikulasi memasuki IPTA untuk program ijazah pertama pada tahun berikutnya.


c) Mata Pelajaran
Mata Pelajaran yang dipelajari semasa mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut:
i) Jurusan Sains (M001)
- Matematik
- Kimia
- Fizik atau Biologi


ii) Jurusan Perakaunan (M003)
- Matematik
- Perakaunan
- Ekonomi
- Pengurusan Perniagaan


Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
- Bahasa Inggeris
- Dinamika Kemahiran
- Pendidikan Islam/Moral
- Sains Informatik


Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
- Sukan/Permainan atau
- Persatuan/Kelab atau
- Kawat Kaki


Bahasa Penghantar Program Matrikulasi
Mulai sesi 2004/2005 mata pelajaran Matematik, Sains, Fizik, Kima, Biologi dan Sains Informatik diajar dalam Bahasa Inggeris.


Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Peluang meneruskan pengajian selepas lulus program matrikulasi
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam.


a) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Sains boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-
Perubatan
Pergigian
Sains
Sains Komputer
Teknologi
Kejuruteraan
Seni Bina
Bioperubatan
Bioteknologi
Farmasi
Sains Gunaan
Sains Pendidikan
Teknologi Maklumat
Bidang-bidang lain yang sesuai
Pelajar yang mengikuti bidang perubatan juga berpeluang ditaja ke unversiti luar negara.


b) Pelajar yang lulus Program Matrikulasi Perakaunan boleh memohon untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama dalam bidang seperti berikut:-
Perakaunan
Ekonomi
Pengurusan Perniagaan
Pentadbiran Perniagaan
Pentadbiran Awam
Teknologi Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia
Bidang-bidang lain yang sesuai


(sumber: Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia)

REMINDER: SPM Leavers

Closing date for application to study in public universities for Diploma & Asasi programmes via UPU is : 4th April 2011 (Monday).

Wednesday 12 January 2011