Monday 25 July 2011

Kejayaan atau Kegagalan


Pepatah Melayu ada menyebut “usaha itu tangga kejayaan”. Pelajar-pelajar perlu sedar kejayaan atau kegagalan adalah bergantung pada diri pelajar itu sendiri. Kegagalan berlaku apabila kurangnya usaha atau latihan yang dilakukan oleh pelajar. Kegagalan tidak berlaku kerana kurang kebolehan. Ini kerana Allah swt telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (Surah at-Tin: 4).
Oleh itu, pelajar-pelajar harus sedar usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan, InsyaAllah.

No comments: