Friday 5 December 2008

Kunci Utama Kejayaan Pelajar Dalam Peperiksaan

1. Ramai diantara kita tercari-cari kunci utama untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun STPM.
2. Sebagai orang Islam, Allah s.w.t. telah menyediakan pada kita dia sumber ilmu iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Oleh itu lebih afdal sekiranya kita mencari kunci utama kejayaan pelajar berpandukan dua sumber ilmu ini.
3. Untuk menjawab persoalan ini, saya amat tertarik kepada hadis dibawah ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik.”
(Riwayat al-Tabrani)

4. Cuba kita bayangkan, seorang pelajar sebelum melangkah ke sekolah setiap pagi telah berniat dalam hati untuk menuntut ilmu sepenuh hati dan melakukan yang terbaik di sekolah bagi mencapai kejayaan di masa hadapan. Setelah berniat pelajar ini melangkah ke sekolah.
5. Di sekolah, pelajar ini belajar bersungguh-sungguh dan memberikan yang terbaik dalam setiap perkara di dalam kelas.
6. Beliau menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar, bertanya pada guru perkara-perkara yang tidak difahami, melakukan tugasan-tugasan yang diberikan mengikut kemampuan tanpa meniru dan membuat ulangkaji di rumah perkara-perkara yang dipelajarinya di sekolah.
7. Hal ini menjadikan setiap ilmu yang diterima senang difahami dan setiap perkara bagi walaupun susah pada mulanya menjadi mudah akhirnya.
8. Hasilnya pelajar ini memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti apa yang diharapkan.
9. Apabila ditanya punca beliau memperolehi kejayaan dalam pelajaran, jawapan yang diterima ialah beliau melakukan yang terbaik dalam setiap subjek di kelas.
10. Sebagai penutup, saya ingin berpesan pada diri saya sendiri dan pelajar-pelajar yang membaca tulisan ini supaya sentiasa melakukan yang terbaik dalam menuntut ilmu supaya kita memperolehi kejayaan yang cemerlang.
11. Apabila Allah s.w.t. mengasihi kita maka akan diberikan kejayaan dan kesenangan dalam perkara-perkara yang kita lakukan. InsyaAllah.
Oleh: IR

No comments: