Saturday 23 October 2010

Before and After School Care (Jagaan Sebelum dan Selepas Sekolah)

AzZahra Child Care Service menyediakan perkhidmatan jagaan sebelum dan selepas sekolah khas kepada kanak-kanak Islam yang pertama di kawasan Jelutong bagi sesi persekolahan 2011.


Anda mempunyai masalah tiada penjaga bagi anak yang bersekolah?
Anak anda berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun?
Mencari pusat jagaan bagi kanak-kanak Islam?
Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana kami dapat membantu anda...


Pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan dalam sesebuah keluarga di mana ibubapa bekerja. Sama ada bekerja waktu pejabat ataupun secara ‘shift’. Oleh itu pastinya ibubapa memerlukan pembantu untuk menjaga anak yang masih bersekolah. Lebih-lebih lagi anak yang berusia bawah 12 tahun.


Ada beberapa penyelesaian kepada masalah ini antaranya mengambil orang gaji (sudah tentu pekerja asing), menghantar pada datuk/nenek atau menghantar pada pusat jagaan.


Malangnya bukan semua daripada kita mampu menggaji pekerja asing. Andai kata ibubapa berkemampuan sekalipun ‘maid’ ini tidak mampu membantu anak-anak kita melakukan kerja sekolah. ‘Maid’ ini lebih ditugaskan kepada kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, membasuh, memasak dan sebagainya. Oleh itu, walaupun ibubapa berkemampuan menggaji pembantu rumah, ada masalah berkaitan anak yang bersekolah masih belum dapat diselesaikan.


Pilihan seterusnya ialah menghantar pada datuk atau nenek tidak bekerja ataupun sudah bersara. Biasanya ini adalah pilihan yang terbaik tetapi tidak semua dari kita mempunyai ibubapa yang tinggal berdekatan. Maka perlu ada pihak yang membantu ibubapa supaya ibubapa masih dapat bekerja untuk mencari nafkah tanpa mengabaikan kebajikan anak-anak yang masih bersekolah.


Bagaimana kami dapat membantu anda?
Kami menyediakan perkhidmatan jagaan sebelum atau selepas sekolah khas bagi kanak-kanak Islam yang berumur 7 hingga 12 tahun. Perkhidmatan ini sebagai jalan penyelesaian kepada ibubapa-ibubapa yang bekerja dan mementingkan kebajikan anak-anak mereka. Semasa di pusat jagaan ini, kanak-kanak akan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi mengisi masa sebelum mereka ke sekolah ataupun pulang ke rumah. Antara aktiviti yang telah disediakan ialah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, Kelas ‘Homework Guidance’, Kelas ‘3M’ dan sebagainya.


Perkhidmatan ini disediakan 5 hari seminggu (Isnin hingga Jumaat) dalam dua sesi, iaitu ‘Morning Session’ bermula sewal 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Dan ‘Afternoon Session’ bermula 1.00 petang hingga 6.00 petang.


Kanak-kanak akan diberi makanan sebelum ke sekolah bagi ‘Morning Session’ dan selepas pulang dari sekolah bagi ‘Afternoon Session’. Makanan disediakan secara seimbang sesuai bagi membantu pertumbuhan kanak-kanak. Selain itu tiada perisa (monosodium glutamate / MSG) yang akan digunakan dalam makanan kanak-kanak kerana bahan ini sekiranya digunakan secara berlebihan boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kanak-kanak.


Di mana lokasi kami?
Pusat kami terletak di Vantage Point (Jelutong) di mana berdekatan dengan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Jelutong, Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Barat, Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Hamilton dan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Green Lane. Selain itu pusat ini mempunyai dua jalan masuk yang utama iaitu Jalan Jelutong dan Jalan Perak. Ibubapa yang tinggal di kawasan sekitar dan bekerja di Georgetown pasti akan melalui lokasi pusat kami.


Berapa yang anda perlu bayar untuk perkhidmatan ini?
Kami mengenakan yuran RM200 sebulan untuk setiap kanak-kanak. Yuran ini adalah serendah RM2 SEJAM dan amat berpatutan berbanding dengan kualiti yang kami berikan dan amanah yang dipikul. Pengangkutan kanak-kanak dari sekolah ke pusat jagaan ataupun dari pusat jagaan ke sekolah juga boleh diatur.


Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang soalan sila email pada kami di alamat admin@azzahratuition.com atau hubungi kami ditalian 012-426 7992.


Tempat adalah terhad, daftarlah anak anda dengan pusat jagaan kami hari ini!

No comments: